Want your
own Fotopage?








 
Nor Raudah's FotoPage

By: Nor Raudah Siren

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 20-Jan-2010 05:51 Email | Share | | Bookmark
TEMAN TAPI MESRA

Bronze Medal "Dakwah Islam Di Malaysia" 2006
Senyum Sokmo di Jabatan
Namun tetap serius dalam tugas.
Komunikasi organisasi dalam Islam mementingkan sifat baik sangka, saling membantu, ikhlas, sabar dan saling menasihati bagi memperolehi keputusan yang baik dalam apa juga perancangan yang dilaksanakan di sesebuah organisasi. Amalan hidup aman damai dalam sesebuah organisasi pasti akan melahirkan sifat cinta dan ukhuwah dalam melaksanakan tugas masing-masing. Tiada seorangpun yang terlepas dari tanggungjawab. Setiap orang dengan tugas masing-masing. Tugas utama perlu didahulukan...

kesepakatan membawa berkat Fri 12-Feb-2010 04:03
Posted by:semut api  - [Link]
he he camane semut api, 29 Mei 2010, comfirm ALUMNI SAMTS buat gathering. Nak joint kena bagi alamat lengkap ye. atau cal saya 0122048304. TQ Mon 22-Mar-2010 06:11
Posted by:Raudah
Semut api, gathering tu kan diadakan di Sekolah lama kitalah.. tapi tarikhnya dah ubah ke 23 Mei 2010. Buat masa ni itu tarikhnya... dtg yer. Byrn RM50 utk satu family... dtg yer... Wed 14-Apr-2010 12:46
Posted by:raudah
Add comment


Thursday, 26-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
KEMBARA KE SABAH

Di Bandar Keningau, 3 generasi menjadi saksi
Di jeti yang mendekatkan hati kepada alam..
Bersama anak mengerat hubungan
membelek barangan tempatan
segarnya udara pagi di kaki Gunung
Bersama anak belahan jiwa
View all 14 photos...
Perjalanan seseorang manusia melihat kehebatan alam ciptaan Tuhan lalu dia bertasbih memuji Penciptanya akan menjadikan diri kita begitu hampir dengan-Nya. Berjalanlah di muka bumi ini. Lihatlah gunung yang menjulang tinggi, awan gemawan yang menyejukkan hati, pepohon menghijau yang mendamaikan. Lihat juga manusia yang bersuku-suku dan berbangsa-bangsa yang memperlihatkan kebesaran ciptaan Ilahi... Subhanallah...

Add comment


Tuesday, 17-Nov-2009 04:06 Email | Share | | Bookmark
BERSERONOK DI TAMAN WARISAN

Sedapnya ciku
Kedondong ni tak masam tau..
Limau kasturi ni macam tak sihat
View all 6 photos...
Buah-buahan tempatan memang banyak khasiatnya serta jarang pula diperolehi masa kini lantaran pembangunan yang mementingkan hutan batu. Kami yang duduk di kotaraya ini pasti teruja dgn pelbagai buah-buahan yang sihat dan montok di Putrajaya. Subhanallah...

Add comment


Tuesday, 17-Nov-2009 03:56 Email | Share | | Bookmark
SEKIAN LAMA BARU KETEMU GURU TERSAYANG...

Seronok menikmati juadah hasil tangan Kak Jah
Lama tak dengar suara Kak Jah bercerita tentang kehidupan
Juga celoteh guru tersayang-- inilah Cikgu Tamrin ku...
Dulu, ketika usia baru menjengok dunia remaja, aku adalah gadis yang sepi. Sendiri mencari dahan untuk bertahan. Sendiri mencapai awan di dada langit. Sebelum aku tersungkur dan jatuh, tanganku disambut dengan seorang guru. Guru yang mengajar erti dunia remaja. Guru yang mengajar pentingnya ilmu. Guru yang mengajar erti kasih orang tua. Guru yang mengajar aku jadi pandai. itulah guruku, Cikgu Tamrin dan zaujahnya, Kak Jah... Terima kasih buat keduanya. Semoga Allah memberi rahmah ke atas kalian hingga ke akhir hayat. Ameen

Salam semut api. Camane nak sampaikan salam, jika tak beritahu nama sebenar saudara. Cikgu Tamrin berada di Bandar Baru Bangi. Dia sekarang Nazir di kementerian pendidikan Malaysia, Putrajaya. Thu 26-Nov-2009 06:33
Posted by:Raudah
salamualaykum, saya Ridzuan, ex-SAMT 1984-88. Cikgu Tamrin was my chemistry teacher in year 1987/88. Appreciate it if you could share with me his contact details please. my number is 019-2865175.
wasallam.
Thu 17-Jun-2010 09:43
Posted by:mohammad ridzuan
Ridzuan, pergi ke laman Facebooknya... Tamrin Zahruddin Fri 9-Jul-2010 16:36
Posted by:raudah  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 16-Oct-2009 04:19 Email | Share | | Bookmark
KENANGAN MENGUSIK JIWA

Tiga sahabat- 1983
4 sahabat - 1985
Pertandingan pidato - 1985
View all 15 photos...
Alam persekolahan dan alam Universiti merupakan alam yang penuh dengan kenangan manis. Terutama kehidupan bersama rakan-rakan yang memahami segala suka-duka kehidupan di alam remaja yang penuh dengan dunia ilmu dan perasaan.

Salam...txs drop dlm blog saya..
tq juga atas info mengenai cikgu tamrin..
tq juga bersusah payah upload pic alumni, tapi malangnya sya kurang aktif dlm FB...
lain kali saya kena datang juga la nampaknya
Mon 30-Nov-2009 01:14
Posted by:semut api  - [Link]
Salam... skrg zaman ICT dah. Tak larat nak layan semua. Yg Tagged, Flixter, myspace, friendster dll. Tapi buat masa ni saya aktifkan FB, nampak lebih kompetatif dan personal... cubalah... Tue 1-Dec-2009 07:07
Posted by:Raudah  - [Link]
semut api, Alumni SAMTS dah buka blog Facebook. Bley joint.. samts_salahuddin@yahoo.com (email) http://alumni_samts.facebook.com
Tue 19-Jan-2010 15:07
Posted by:raudah  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 6-Oct-2009 04:33 Email | Share | | Bookmark
SENYUM DALAM TANGIS

 
Setiap manusia ada ceritanya yang tersendiri. Senyuman dan tawa adalah rahsia diri yang menyembunyikan segala keresahan jiwa... Namun air mata membongkar segala rahsia.

La Tahzan rks, dirimu tidak keseorangan. Allah akan sentiasa bersamamu dalam suka dan duka. Serahkan segala tawakalmu kepada yang berhak. Thu 22-Oct-2009 07:53
Posted by:Duyung
Add comment


Monday, 25-May-2009 06:59 Email | Share | | Bookmark
WAJAHKU YANG SEPI DAN SEDIH

 
 
 
View all 6 photos...
Setiap kali aku berasa sedih, akan ada yang datang memujuk dan menenangkan hatiku. Kawan-kawan sering memberiku semangat agar meneruskan kehidupan yang hanya tinggal berbekal semangat sahaja. Satu hari Prof. Ab Aziz telah memberiku nasihat yang amat mengesan dijiwa, carilah seekor ayam jantan yang berkokok di dini hari agar kau perolehi ketenangan.... Aku cuba memahami imej ayam jantan dan malaikat yang akan turun ketika ayam berkokok... Subhanallah, begitu jauhnya aku dari sisinya ketika ini, sehingga malaikat lupa untuk menghampiriku, mendengar suara hatiku...

Assalamualaikum!
Nak tahu siapa yang oku dan no untuk berhubung mengenai oku
Thu 20-Aug-2009 02:30
Posted by:AJI
Terdapat banyak kriteria OKU. kalau nak berhubung mengenai OKU ialah di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Jalan Raja Laut. pergi ke website kementerian... Fri 21-Aug-2009 11:00
Posted by:Nor Raudah
Aji, buku Pelaksanaan Dakwah Terhadap OKU dah keluar. cari di pasaran ye... Tue 12-Jan-2010 09:32
Posted by:Raudah
Add comment


Wednesday, 22-Apr-2009 06:19 Email | Share | | Bookmark
Damai desa tetap kurindui

Damainya di tepi pantai
Seluas mata memandang
Perahu sedia menanti untuk berbakti
View all 12 photos...

Add comment


Wednesday, 22-Apr-2009 04:29 Email | Share | | Bookmark
GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA PERLU DIHAMPIRI

Beramah mesra dengan murid cacat pendengaran
pekerja OKU sedang mendengar ceramah agama
menemuramah Pengetua untuk mendapatkan data kajian
View all 12 photos...
Bertemu sendiri dengan golongan OKU begitu menyentap rasa kesyukuran kerana dilahirkan dengan cukup sifat. Tetapi mereka dilahirkan dengan ujian yang memerlukan dorongan dan sokongan yang lebih banyak terutama di kalangan ibubapa yang melahirkan mereka. Kekaguman juga terpaku kepada kegigihan para guru yang tidak jemu memberi pengajaran dan latihan kepada mereka walau terpaksa menghadapi masalah komunikasi. Walau jerih mempelajari bahasa isyarat, tetapi berkat kesabaran dan keikhlasan, mereka tekun belajar sehingga faham dan boleh berkomunikasi. Semoga golongan ini mendapat kelebihan di sisi Allah... Tunggu buku yang bakal terbit...

Buku Dakwah terhadap Orang Kurang Upaya akan terbit akhir 2009 ini oleh Penerbit UM. Tunggu kemunculannya dengan harga jualan RM 40.00 sahaja. Semoga ilmu yang bermanfaat ini akan dikongsi bersama. Thu 22-Oct-2009 07:57
Posted by:raudah
Add comment


Wednesday, 22-Apr-2009 03:53 Email | Share | | Bookmark
JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RESTOREN REBUNG, BANGSAR

Bersama chef Ismail
pengkritik yang kritis
Bersama penulis muda yang prolifik- Ummu Hani
View all 6 photos...
Berada di Bangsar mencari Restoren Rebung bukanlah sukar. Sambil menjamu selera dengan RM38 sekepala memang berbaloi bila makan secara buffer. Makanlah apa sahaja makanan kegemaran anda. Ada rezeki dapat beramah mesra dengan tuan punya restoren- Chef Ismail.

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com